Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernahkah anda mengalami situasi 'BLACKOUT' di kediaman anda???
Jika berlaku pada waktu malam,pasti akan mengganggu dan merimaskan anda bukan?
Nombor telefon Wireman,Juruelektrik mahupun seseorang yang tahu serba sedikit asas elektrik pula tiada dalam simpanan.
Mungkin Fius pada Suis Utama terputus,mungkin juga ELCB terpelantik.
Jom!!!saya kongsikan langkah ASAS yang pertama yang anda perlu lakukan.
~ Pergi ke Kotak Fius Agihan (DB),kebiasaanya terletak di Ruang Tamu
~ Lihat samaada ELCB terpelantik (TRIP/Jatuh) atau tidak dari kedudukan asal
~ Jika terpelantik RESET(ON) kembali
Mudah bukan?
Ya memang mudah jika ELCB tersebut boleh di RESET.
Andai sebaliknya??
Berulangkali di RESET tetapi tetap terpelantik juga???
mungkin susah jika anda tiada langsung asas,amat mudah jika anda tahu serba sedikit tentang asas elektrik di dalam situasi yang sebegini.
Mari saya kongsikan langkah kedua...
~ OFF kan semua MCB ( yang terdapat bersebelahan ELCB )
~ Cuba RESET/ON ELCB
( Jika berjaya,pergi ke langkah seterusnya )
~ON kan satu persatu MCB yang telah di OFF kan tadi
~ Jika salah satu dari MCB yang di ON kan tadi menyebabkan ELCB terpelantik,bermakna terdapat masalah pada litar tersebut.
~OFF kan buat sementara MCB tersebut.
~MCB selebihnya di ON kan termasuk ELCB.
Sekarang sebahagian dari lampu atau soket di kediaman anda berfungsi.
Litar yang bermasalah hendaklah dikenalpasti.Anda boleh meminta bantuan dari Juruelektrik yang berkenaan untuk mengenalpasti masalah pada litar tersebut pada keesokan harinya.
Jika anda berada di kawasan TAPAH,LANGKAP,BIDOR dan KAMPAR,jangan risau hubungi kami di talian 0124435284 atau whatsapp 0195285248.Kami sedia menyelesaikan masalah anda.
Nanti Dulu!!!!!!!!!!!
Andai langkah-langkah tadi berjalan lancar..
BAGUS!beri tepukan untuk diri anda sendiri kerana berjaya menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimana pula jika tidak menjadi...
ELCB tetap TRIP
Anda perlu ke langkah seterusnya....Anda perlu mencari masalah yang berkemungkinan berpunca dari NEUTRAL.
Jangan bimbang,kami akan kongsikan LANGKAH ASAS seterusnya kepada anda pada POST akan datang.
LIKE kami untuk terus mendapat info-info asas Elektrik dan Penghawa dingin.
Nantikan VIDEO dari kami ye!!!
LIKE Z ELECTRICAL & AIR COND
DAN SHARE INFO INI !!!
No comments:
Post a Comment